Tidaklah Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia...

"In the name of God, most Gracious, most Compassionate"

Subhanallah,,,it's very beautiful...

Saturday, February 5, 2011

kek, roti dan seumpama dengannya...

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...



kek, roti dan seumpama dengannya...





Seronoknya bila kita mula sedar apa yag kita mahu dan bergerak ke arah itu dengan peta yang jelas. Pada awal pembabitan dalam dunia bakeri ni, saya fikir ia sekadar minat yang tidak lebih dari hobi masa lapang. Tetapi, semakin lama semakin mendalam minat yang menyebabkan timbulnya perasaan ingin tahu, belajar dan seterusnya, mula serius.


Apa yang menarik yang boleh kita perhatikan ketika membuat kek, roti, dan produk-produk pastri adalah ketika proses membakar. Saat yang paling mengujakan adalah apabila membakar roti  dan kek, ia naik kembang berganda dari saiz awal. ( tak kurang jugak rasa sedih bila tengok kek dan roti naik kembang dan kemudiannya kecut...hahahah)


Sambil memerhatikan perubahan pada kek dan roti yang dibakar,
Pernahkah kita terfikir ???


Uniknya sifat-sifat bahan yang kita gunakan memberi tindakbalas yang tertentu apabila dibakar (dalam bahasa sains apabila dikenakan tenaga luar). 


Sebagai contoh: kita menggunakan yis dalam pembuatan roti. Yis sangat aktif pada suhu 60-70 darjah celcius. Disebabkan itu roti akan mengembang dengan cepat pada beberapa minit terawal dibakar dan kemudian berhenti mengembang kerana sifat yis yang telah mati apabila melebihi suhu itu. Sehebat mana pun seorang baker dia tidak akan mampu mengawal sifat ini. Kita hanya mampu menggunakan sifat yang Allah telah beri kepada setiap ciptaanNya. Inilah kuasa Allah yang Maha Pencipta, telah mencipta dari sekecil-kecil kejadian hingga sebesar-besar segala isi langit dan bumi dengan sifat yang berbeza, unik, dan spesifik untuk setiap darinya menjalankan fungsi-fungsi yang spesifik.


Mexico bun (roti boy) dan sausage bun yang dibuat ketika belajar di FIM. 

Antara contoh lain pula ialah proses membuat meringue menggunakan putih telur yang diputar dengan sedikit gula. Masa kecil dulu sangat teruja melihat makcik memukul putih telur yang lama kelamaan menjadi seperti krim. Sangat kagum dan pelik. Dengan sedikit ilmu yang dipelajari di FIM, barulah saya memahami serba sedikit sifat putih telur yang mengembang apabila dipukul (dikenakan tenaga mekanikal). Subhanallah, Maha SuciMu Ya Allah yang telah memperlihatkan kekuasaanMu dalam setiap ciptaanNya. Cuma kita manusia yang kerdil ini yang seringkali terlepas pandang atau tidak memikirkannya.
Tekstur putih telur yang telah dipukul dengan sedikit gula
yang hasilnya dipanggil Meringue.
Kek keju yang pernah dibuat.
Apabila kita memerhati alam sekeliling kita, kita akan menemui 'Signs of The Creator'. Saya sangat teruja menonton cd Signs of The Creator. Sangat takjub, Segala puji bagiMu Ya Allah. Tidaklah semua ini terjadi dengan tiba-tiba. Bukanlah ia alam semulajadi seperti yang diperkatakan oleh barat, tetapi Alam Ciptaan Allah Yang Maha Pencipta Lagi Maha Berkuasa atas segala yang ada.


Marilah kita zikir & fikir akan alam ciptaan Allah ini...
Sesungguhnya, tidaklah Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia...
Mohon diperbetulkan andai ada kesilapan...
Sehingga bertemu lagi di post yg akan datang...
Salam Ukhwah...
          

Thursday, February 3, 2011

Telah lama aku fikirkan...


Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Ahlan wa sahlan...

Telah lama aku fikirkan...
akan satu usul dari rakan yang mencadangkan untuk berkongsi ilmu,
idea melalui blog. Setelah sekian lama berfikir, ada benarnya berbanding membiarkan idea atau ilmu berlalu begitu sahaja dibenak fikiran ini.

Tidaklah banyak yang dapat diri ini, yang serba kekurangan dapat kongsikan. Semuanya hanya terbatas di dalam ruang lingkup kehidupan, kursus2 yang pernah dihadiri, buku2 yang pernah dibaca dan pengalaman yang pernah dilalui.

Persoalan  yang cuba diketengahkan hanyalah "Pernahkah kita terfikir???"
Banyak pengalaman yang kita lalui, lihat, rasai dalam kehidupan kita sehari-hari, tapi pernahkah kita terfikir apakah yang tersirat dibaliknya??..

Sebagai contoh; sebagai seorang bekas pelajar mekanikal-aeronautik,
saya amat teruja dengan kapal terbang. Setelah beberapa tahun belajar serba sedikit mengenai kapal terbang, saya menemui sesuatu yang sangat bernilai.

Saya telah menemui rasa syukur yang teramat sangat, apabila mengetahui hakikat penciptaan dan setelah mempelajari sedikit sebanyak mengenai sistem kawalan pada sebuah kapal terbang, strukturnya rasa takjub padaMu Ya Allah, Subhanallah Maha SuciMu Ya Allah yang telah menciptakan burung dengan sebaik-baik dan sehebat-hebat ciptaan.



Pernahkah kita terfikir???
Wah, cantiknya burung2 itu terbang dengan mengepakkan sayapnya,,,
tapi pernahkah kita naik kapal terbang dan melihat sayapnya mengepak2 macam burung???
Jurutera2 terdahulu dan kini mengambil masa bertahun2 dan ada yang berpuluh tahun untuk satu2 R&D untuk satu2 sistem kawalan seperti menggerakkan flap pada sayap kapal terbang, elevator, aileron, rudder.


Pernahkah kita terfikir bagaimana kapal terbang mendarat ???
dan lihat pula bagaimana burung mendarat ???
dengan membengkokkan sedikit kakinya,
dan mendarat dengan perlahan dan lembut. Subhanallah...

Pernahkah kita terfikir???
Betapa rumitnya sistem kawalan pada seekor burung untuk membolehkan ia bergerak dan melakukan rutinnya sebagai seekor burung.

Cuba kita lihat pula sistem kawalan yang ada dalam diri kita. Masyaallah, buah pinggang yg hanya sebesar segenggam tangan memerlukan alat sebesar almari iaitu mesin dialisis untuk melakukan fungsi yang hampir sama dengannya.


Gambar mesin dialisis (kiri) dan buah pinggang dan kedudukannya dalam badan kita (kanan).


Tidaklah layak untuk saya membincangkan sesuatu yang bukan bidang saya. Sekadar berfikir dan memerhati ciptaan Allah yang Maha Agung. Kenali diri, kita akan kenal Pencipta kita. 
Marilah kita zikir & fikir akan alam ciptaan Allah ini...Sesungguhnya, tidaklah Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia...


Mohon diperbetulkan andai ada kesilapan...
Sehingga bertemu lagi di post yg akan datang...
Salam Ukhwah...